Changes to be Good Muslim

•January 1, 2011 • 3 Comments


Aku dibesarkan dengan kehidupan serba moden dan mewah.
aku dibesarkan didalam keluarga kristian.
aku juga telah diajar yang tuhan itu wujud.
cuma manusia tidak boleh berhubung dengan tuhan secara terus.
mestilah berhubung melalui jesus. dialah pintu kepada tuhan
aku percaya
tapi aku tak terima sepenuhnya .

Aku melihat patung jesus yang disembah…
aku lihat dengan teliti..
ia tak lebih dari sebuah batu tak bernyawa.

dan bila mereka kata tuhan ada tiga..
aku bertambah hairan tapi aku dilarang dari mempersoalkannya.
aku terpaksa mempercayainya kerana menghormati kepercayaan ayah ibu aku..

muzik menjadi minat aku
aku mula mencipta lagu.. mengharapkan jadi bintang satu hari nanti

semua dalam filem dan media betul-betul aku kagumi..
dan aku mula berfikir..

“inilah tuhanku”

matlamat untuk membuat duit- adalah tuhan aku .

Aku mengambil keputusan, inilah hidup sesuai untuk aku. untuk jadi kaya.
untuk menjalani hidup yang ‘hebat’

pada masa itu, idola aku adalah bintang pop dan artis-artis..

Aku mula gigih mencipta lagu..

jadi apa yang berlaku kemudian adalah aku berjaya jadi terkenal.

ya, aku berjaya

aku masih berada dialam remaja
tetapi gambar aku ,nama aku sudah berlambak menghiasi muka-muka akhbar dan media..

itu membuat aku rasa diri aku hebat

“aku manusia hebat”

jadi, untuk hidup secara hebat ,aku fikir salah satu caranya adalah dengan minum minuman keras dan mengambil dadah.

Selepas setahun berjaya mengaut kekayaan dan hidup mewah serta berpoya-poya.

aku jatuh sakit…

aku menghidap Tuberculosis dan dimasukkan ke hospital

Dihospital.

aku berfikir..

“apa yang berlaku ke atas aku? ”
“Adakah aku hanya satu jasad dan matlamat hidup aku adalah memuaskan jasad aku?”
“kenapa aku disini?”
“kenapa aku terbaring atas katil?”

aku mula mencari jawapan.
aku mula banyak membaca.

pada masa itu ,aku mempunyai minat yang dalam tentang mistik timur.
dan aku banyakkan pembacaan.
perkara mula2 aku perasan adalah apabila mati roh tetap bergerak dan ia tidak pernah berhenti.

aku mula banyak bertakafur
aku juga mula sedar yang aku bukan hanya sekujur badan (jasad)

satu hari, aku berjalan dan terperangkap dalam hujan,
aku terus berlari ke tempat teduh.
tiba-tiba aku terfikir.

” badan aku basah , badan yang bagitahu yang aku sedang basah”

ini membuatkan aku berfikir yang sebenarnya badan atau jasad adalah seperti keldai.
kena diajar dan dilatih kemana arah yang mahu dituju.
kalau tidak, keldai akan pergi kemana arah yang dia nak pergi sesuka hati..

Kemudian, aku sedar adanya ‘keinginan’. tuhan beri setiap manusia ‘keinginan’.
aku tertarik dengan pemikiran baru dan aku berusaha mempelajari agama-agama ditimur.
pada masa itu aku dah putus asa dengan kristian.

aku teruskan minatku dalam menulis lagu…
dan aku menulis lagu

“the way to find god out”

aku jadi lebih terkenal dalam industri hiburan.

Aku hadapi masa yang teramat sukar kerana aku bertambah kaya dan terkenal dalam masa yang
sama aku mencari kebenaran dan mencari tuhan.

Ada satu masa, aku berpendapat ajaran buddha adalah agama yang benar dan suci. tapi aku tak bersedia nak tinggalkan dunia.
aku terlalu berpaut pada dunia aku dan tak bersedia nak jadi sami (monk) dimana setiap sami perlu mengasingkan diri dari dunia luar.

Aku cuba Zen dan Ching, numerology dan kad tarot serta astrology,
aku cuba tengok kita bible semula ..

aku tak jumpa apa-apa..

Pada masa itu aku tidak tahu langsung tentang Islam..

Dan mulalah peristiwa yang aku anggap ‘miracle’ (ajaib)

Abang aku melawat masjid di Jerusalem dan betul-betul kagum dengan masjid itu .
suasananya bedenyut-denyut dengan kehidupan (dunia) dan dalam masa yang sama suasananya tenang dan damai.
tidak seperti digereja yang boleh dianggap kosong..

Apabila abang aku balik dari london, dia hadiahkan aku senaskah quran.
dia tidak memeluk islam tapi merasai sesuatu istimewa dalam agama ini.

dan pada masa aku mengkaji buku tersebut, aku dapati semua persoalan aku terjawab.

“siapa aku?”
“apa makna hidup aku?”
“apa sebenarnya realiti dan apa yang menjadi realiti?”
“dari mana aku datang?”

aku mula sedar .
ini agama yang benar.
agama yang barat tidak pernah faham.

Dibarat, sesiapa yang memeluk sesuatu agama dan menjadikan agama itu cara hidupnya , dia dianggap fanatik

Aku bukan fanatik !…

Perkara mula-mula yang mengelirukan aku adalah tentang roh dan jasad.
setelah aku mencari dan membaca
baru aku sedar yang mereka tidak terpisah .
kemudian aku sedar bahawa
kita tidak perlu pergi ke gunung yang tinggi untuk menjadi alim
kita mesti ikut perintah tuhan..

aku dah nampak kebenaran.

perkara pertama aku nak buat sekarang adalah

aku nak jadi Muslim!..

aku mula tahu..

“semuanya milik tuhan, tidak ada yang mengalahkannya , Dialah yang menciptakan semua”

Pada masa ini, aku mengenali kepercayaan aku.

Aku rasa aku adalah muslim

Apabila membaca Quran aku perhatikan yang semua Nabi-nabi yang diutuskan bawa mesej yang sama.

Jadi apa perbezaan antara yahudi dan kristian ?
Aku tahu yahudi tidak terima jesus( nabi isa as) sebagai Messiah dan mengatakan mereka telah mengubah ayat-ayat tuhan.
malah orang kristian sendiri tersalah faham ayat tuhan menyatakan Jesus itu anak tuhan.

Disinilah nampaknya keindahan Quran .
Quran meminta kita untuk berfikir dan mencari sebab, bukan menyembah matahari atau bulan. Quran mengajar agar menyembah tuhan yang esa.

Quran meminta kita berfikir tentang bumi,bulan dan ciptaan tuhan yang lain secara umum.

Tahu tak kita bahawa betapa besarnya perbezaan matahari berbanding bulan.
Mereka mempunyai jarak berlainan dari bumi tetapi mereka kelihatan sama saiz.
ada satu masa pula , mereka kelihatan seperti bertindih.
Malah,ramai angkasawan yang pergi ke angkasa lepas , selepas mereka lihat besarnya saiz bumi dan luasnya alam ini , mereka terus mencari kebenaran agama kerana
melihat tanda-tanda kekuasaan tuhan.

Aku teruskan pencarian dalam quran.
quran bercakap tentang solat, kebaikan dan derma.
Aku belum lagi jadi muslim ketika itu tetapi satu-satunya jawapan untuk aku adalah Quran dan Tuhan telah menghantarnya pada aku
pada mulanya,
Aku ingin rahsiakan semua ini ..
tapi fikiran aku berubah apabila membaca ayat dalam quran berbunyi

” Setiap orang yang beriman adalah bersaudara”

Pada detik itu aku teringin berjumpa dengan saudara Muslim aku..

kemudian,
Aku mengambil keputusan pergi ke Jerusalem seperti mana abang aku pergi satu masa dahulu.
Di jerusalem aku masuk ke dalam sebuah masjid dan duduk,

Tiba-tiba , seorang lelaki datang menghampiri aku dan menegur aku..

” Siapa nama Saudara?” tanya lelaki itu
” Nama saya Stevens” jawab aku.

Lelaki itu kelihatan pelik dan keliru.
mungkin pelik dengan nama aku yang tidak melambangkan seorang islam.

aku kemudian menyertai bersama solat mereka walaupun tak beberapa berjaya.

Balik di London,
aku berjumpa dengan seorang muslimah bernama Nafisa dan aku menyatakan hasrat aku untuk memeluk islam.
Dia terus membawa aku ke New Regent Mosque.

Pada tahun 1977, selepas solat jumaat, aku berjumpa dengan imam dimasjid itu dan menyatakan
keimanan aku dan terus mengucapkan 2 kalimah syahadah. Alhamdulillah setelah hampir 1 tahun setengah menerima
quran dan mengkajinya, aku akhirnya memeluk islam

Sekarang, aku percaya kita boleh berhubung terus dengan tuhan tanpa memerlukan perantaraan seperti jesus ataupun patung-patung.
Ini berlainan dengan agama lain

Pernah satu ketika, seorang gadis hindu berkata pada aku

” kamu tidak faham tentang hindu, kami percaya tuhan itu satu, cuma kami jadikan objek(berhala) hanya untuk kami tumpukan perhatian,.”

Apa yang cuba dia sampaikan adalah dalam usaha menggapai tuhan, berhala mestilah dicipta untuk dijadikan perantaraan

tapi islam melarang perantaraan .

Satu-satunya yang membezakan seorang muslim dengan bukan muslim adalah solat.
inilah proses penyucian diri.

AKhir kata, moga ramai yang akan dapat inspirasi dari pengalaman aku.
dan aku nak tekankan yang aku tak pernah langsung berhubung dengan mana-mana Muslim sebelum aku masuk islam.

Aku bermula dengan pembacaan quran . dan aku mula sedar yang tiada manusia yang lengkap.

Islam itu lengkap dan jika kita ikut ajaran nabi Sallallahu alayhi wa sallam , inshallah kita akan berjaya.

Moga allah beri petunjuk dan jalan untuk ummat Muhammad SAW .

Amin!

_____________________________________________________________________________________

“Aku” diatas adalah merujuk kepada Yusuf Islam atau nama sebelumnya Cat Stevens.
Yusuf Islam, Pada zaman awalnya adalah salah satu bintang besar dalam industri hiburan, mempunyai jutaan peminat dan antara selebriti yang paling terkenal. Setelah mendapat hidayah, Yusuf Islam giat menjalankan kerja-kerja dakwah dan mengajak orang ramai mengenal islam. Sekarang nama yusuf islam cukup sinonim dengan lagu-lagu berunsur dakwah dan pengislaman Yusuf pernah membuka mata seluruh dunia tentang islam.

Advertisements

..Bilakan Damai..

•December 28, 2010 • Leave a Comment

Nasyid tntg kesengsaraan yg dihadapi oleh rakyat palestin. Jom hayati bersama..
Apa tindakan anda?

Bilakan Damai <Hafiz Hamidun>
Mentari menangis di senja memerah
Bumi anbia menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Hanyir darah menyesak dada

Tubuh layu gugur bergelimpangan
Bertindih dalam kubur tanpa bernisan
Di hujung sana berjuta kelaparan
Di dera wabak yang menyiksakan

Anak kecil bertanya bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang?
Diwajahnya cerminkan kedukaan
Bilakah pula ayah akan pulang?

Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu
Menghiris kalbu
Bilakan berhenti kekejaman?

Anak kecil bertanya bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang?
Wajahnya cerminkan kedukaan
Bilakah pula ayah akan pulang?

Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu
Menghiris kalbu
Bilakan terhapus penindasan?

Kemana hilangnya kemanusiaan?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula akan muncul ketenangan?
Soalan yang masih tiada jawapan

•November 14, 2010 • Leave a Comment

Satu ketika, Nabi Isa pernah dicabar oleh orang kafir untuk menghidupkan orang yang di dalam kubur. Cabaran ini bukanlah untuk mencari kebenaran malah hanya menyindir mukjizat seorang rasul.

Dengan izin Allah, Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati. Maka sebahagian orang kafir berkata:

“Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu.”

Kata Nabi Isa as:

“Cubalah kamu pilihkan?”

Mereka berkata:

”Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh).”

Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Semua hairan kenapa jadi begitu kerana pada waktu ini uban tidak wujud.

Berkata Sam bin Nuh: “Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: “Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?” Kata Sam: “Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut.”

_ceramah di masjid ar-rahman<12/11/2010>_

tEka-Teki

•October 1, 2010 • Leave a Comment

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan
murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat
dengan diri kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Orang tua ”
Murid 2 = ” Guru ”
Murid 3 = ” Teman ”
Murid 4 = ” Kaum kerabat ”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi
yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab
itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di
dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina ”
Murid 2 = ” Bulan ”
Murid 3 = ” Matahari ”
Murid 4 = ” Bintang-bintang ”
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi
yang paling benar adalah MASA LALU.
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap
kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia
ini?”
Murid 1 = ” Gunung ”
Murid 2 = ” Matahari ”
Murid 3 = ” Bumi ”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi
yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al
A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu
kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke
neraka.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling berat didunia ”
Murid 1 = ” Baja ”
Murid 2 = ” Besi ”
Murid 3 = ” Gajah ”
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang
paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah
Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang,
gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan
sombongnya berebut-rebut menyanggupi
permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang
amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia
ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin ”
Murid 3 = ” Debu ”
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar,
tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah
MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan
kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali
didunia ini ”
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ”
Pedang ”
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam
sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana
melalui lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya
sendiri “

IKLAN TV3!!

•September 14, 2010 • Leave a Comment

Masih lagi hangat dengan topik iklan promo raya TV3 yang mempunyai unsur untuk menyesatkan akidah umat Islam.  Mungkin ada segelintir yang tidak tahu-menahu tentang iklan ini, namun inilah salah satu penindasan yang dilakukan oleh golongan kafir kepada agama Allah ini. Saya yakin pasti ramai yang mengatakan ini adalah sebagai satu kebetulan yang tidak disengajakan, tetapi perkara sebegini telah lama dilakukan oleh yahudi untuk menyesatkan dan mempengaruhi pemikiran umat Islam sepertimana yang diceritakan di dalam siri The Arrivals dalam tajuk Children Mind Control.

Berikut disertakan hujah yang diperolehi dari seorang sahabat facebook berkaitan Iklan Promo Aidilfitri TV3 itu.

Scene 1

Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
a) Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu

b) Buku – Bible

c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan

d) Malam Yang Gelap – Islam yang mundur

e) Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis

f) Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

g) Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2

Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
a) Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)

b) Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan

c) Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus

d) North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas – Simbol Paganism

Scene 3

Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
a) Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian

c) Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4

Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

Scene 5

Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur . Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
a) Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah

c) Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6

Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
a) Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7

Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
a) Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk  Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 9

Beca terbang merentasi sebuah pulau.
a) Pulau – Singapore

Scene 10

Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.
a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) – tempat tinggal Jin

b) Masjid Kecil – Agama Islam yang lemah

Scene 11

Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.
a) Bangunan Misteri – Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

b) Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk – Seolah-olah Perlakuan Biadab

Scene 12

Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).

Inilah sedikit tafsiran daripada iklan aidilfitri TV3 yang dikatakan mempunyai unsur menyama tarafkan Aidilfitri dengan sambutan perayaan agama dan kaum seperti Kristian, Hindu, Buddha, Tahun Baru Cina dan sebagainya.

Saya tidak berminat untuk bercerita mengenai mesej-mesej tersirat yang terkandung di sebalik iklan raya milik TV3 ini, tetapi ingin membincangkan mengenai di sebalik kritikan-kritikan orang ramai terhadap iklan tersebut. Kepada mereka yang masih belum menonton iklan tersebut atau belum mengetahui mesej-mesej tersirat yang terkandung di dalam iklan tersebut, bolehlah klik di http://www.youtube.com/watch?v=tO1e6KXO88U&feature=player_embedded. Saya lebih cenderung untuk mengambil sikap bersederhana, tidak terlampau mempercayai dan tidak terlampau menolak apa yang diperkatakan oleh penulis-penulis blog.

Saya berasa kagum dengan masyarakat kita sekarang, yang cukup prihatin dalam menjaga sensitiviti hal-hal berkaitan Islam. Kita pernah dikejutkan dengan satu video yang mempersendakan zikir tidak lama dulu. Tidak kira umur dan lapisan masyarakat, mereka bersatu terus mengkritik empunya badan di dalam video tersebut. Begitu juga dengan iklan yang baru naik disiarkan tidak sampai setengah hari itu. Anda boleh melihat bagaimana di setiap page utama di facebook telah mewujudkan satu post berkaitan ini.

Tambah pula, terdapat pelbagai page baru pula dicipta khas untuk mengkritik iklan ini. Ya!, saya sangat-sangat menyokong usaha sedemikian ini. Tetapi saya cukup terkilan, di sebalik kritikan-kritikan atas alasan menjaga sensitiviti hal-hal berkaitan Islam ini, kita sendiri sebenarnya tidak menjaga sensitiviti agama sendiri. Sama ada kita sedar atau tidak, banyak perkara yang kita lakukan dalam kehidupan harian benar-benar menghakis keislaman dalam diri sendiri. Mereka berkata “iklan ini memalukan Islam”, walhal yang sedang komen sedemikian sendiri lupa atau buat-buat lupa yang mereka sendiri tidak menutup aurat dengan sempurna. Bukankah itu juga salah satu perkara yang memalukan Islam itu sendiri? Kemudian mereka berkata “Celaka betul kepada mereka yang hina Islam ini”, tetapi saya khuatir anda mencelakakan diri sendiri juga, di sebalik anda mempersendakan agama dengan menolak untuk beramal dengan Hukum Islam itu.

Oleh itu, alangkah baiknya jika setiap kritikan yang kita lontarkan itu dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan. Apa yang penting, kita mempersiapkan diri kita secukupnya. Ingat, Yahudi cukup takut jika jumlah bilangan jemaah solat subuh menyamai jumlah bilangan jemaah solat jumaat. Dengan itu, Insyaallah suatu hari nanti, tiada siapa gentar untuk mempermain-mainkan Islam lagi. Wallahualam

Ramadhan

•August 18, 2010 • Leave a Comment

Tha’labah

•May 9, 2010 • 1 Comment

Assalamualaikum..

kali ini insyaAllah, ingin berkongsi tntg kisah seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Tha’labah..

mungkin ramai yang telah mendengar kisah sahabat ini, namun samada cerita itu benar atau tidak, sahih atau palsu..kali ini mari kita sama2 mengetahui kisah disebalik insan yang bernama Tha’labah..segala maklumat dibawah dipetik daripada blog ustaz asri..


Kebenaran Kisah Tha’labah?

Soalan: Benarkah kisah sahabat Nabi s.a.w Tha’labah bin Hatib yang kononnya miskin, lalu dia meminta Nabi s.a.w doakan agar dia kaya, apabila dia kaya dia tak mahu membayar zakat, lalu al-Quran mengutuk perbuatannya itu. Kisah ini selalu dijadikan bahan ceramah.

Jawapan: Kisah ini yang sering disebut oleh ramai pendakwah sebagai satu contoh buruk. Tha’labah dikatakan meminta agar Nabi s.a.w. mendo`akan kekayaannya. Apabila beliau kaya dan berharta beliau enggan memberi zakat. Kononnya, Al-Quran turun mengutuk perbuatan tersebut dalam Surah al-Taubah: 75-77:

وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ آتَانَا مِنْ فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنْ الصَّالِحِينَ(75)فَلَمَّا آتَاهُمْ مِنْ فَضْلِهِ بَخِلُوا بِهِ وَتَوَلَّوا وَهُمْ مُعْرِضُونَ(76)فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَى يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

Maksudnya: Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: “Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh”. Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).

Rasulullah S.A.W dikatakan wafat dalam keadaan tidak menerima zakatnya. Begitu juga Abu Bakr dan `Umar r.ahuma selepas itu enggan menerima zakatnya. Beliau dikatakan meninggal pada zaman pemerintah `Uthman bin `Affan r.a.

Memang tidak dinafikan ramai para penafsir telah mengaitkan ayat ini dengan Tha’labah dan dia dianggap dari golongan munafik berdasarkan ayat di atas. Sedang Ibn Hajar al-`Asqalani menyebut di dalam al-Isabah bahawa dia adalah ahli perang Badr. Kita hendaklah sedar, jika dia ahli Perang Badr, maka Ahli peperangan Badar tidak mungkin menjadi seorang munafik. Kesemua ahli Badr adalah ahli syurga. Di sana ada fadilat khas yang diberikan untuk ahli peperangan Badar. Nabi s.a.w.

لَعَلَّ الله اطَّلعَ عَلى أهْلِ بَدْرٍ فقـال “اعـمَلوا مَا شِـئْتُم فَقَد وَجَبَتْ لَكُمُ الجَنَّةُ أو فقد غَفَرْتُ لكم”

” Allah melihat kepada ahli Perang Badar dan berfirman ” buatlah apa yang kamu suka sesungguhnya telah pasti untuk kamu syurga atau Aku telah ampuni kamu semua” (al-Bukhari dan Muslim)

Dia dikatakan terbunuh di dalam peperangan Uhud. Dengan itu al-Hafizd Ibn Hajar menafikan kesahihan cerita tersebut (Al-Isabah, 1/206). Demikian juga al-Imam Ibn Hazm (meninggal 456H) dalam al-Muhalla menganggap kisah ini sebagai batil tanpa syak (Ibn Hazm, Al-Muhalla, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah). Antara ulama dahulu yang mengkritik riwayat ini Ibn `Abd al-Barr (meninggal 463H), al-Haithami الهيثمي (meninggal 807H) dan lain-lain. Ulama zaman ini yang mengkritik riwayat ini antaranya al-Syeikh Ahmad Muhammad Syakir, al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani, al-Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi`I dan lain-lain. Satu buku khas mengkritik riwayat ini telah ditulis oleh `Adab عداب bin Mahmud al-Himsy الحمش bertajuk ثعلبة بن حاطب الصحابي المفترى عليه yang bermaksud Tha’labah bin Hatib, seorang sahabah yang didustai ke atasnya, adalah satu tulisan yang baik untuk dibaca.

Oleh itu wajar berhati-hati agar kita tidak mentohmahkan sahabah tanpa asas yang kukuh. Walaupun tidak dinafikan cerita ini begitu tersebar dan buku-buku tafsir, namun sikap mengkaji dan meneliti sangat penting.

ALLAH LEBIH MENGETAHUI
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin