Authors

DSCN1506

Nama diberi ‘AMMAR BIN ABDULLAH. Dilahirkan pada 25 Ogos 1986 dan merupakan anak kedua dalam keluarga. Tempat kelahiran adalah Kelantan Darul Naim, tetapi telah dibesarkan di Negeri Sembilan Darul Khusus.

Ayah berasal dari Negeri Sembilan manakala ummi berasal dari Kelantan. Keduanya telah berkahwin semasa menuntut di United Kingdom dan telah melahirkan anak yang pertama ketika itu.

Pernah menuntut di Sekolah Menengah Sains Tuanku Ja’afar (SMSTJ), Kuala Pilah semasa Tingkatan 1 sehingga 5. Kemudian kini sedang menjalani semester terakhir di Korea Universiti dalam bidang Electrical, Electronic and Telecommunication Engineering.

Bercita-cita untuk menjadi seorang Senior Engineer / Researcher dalam bidang kejuruteraan elektronik. Insya Allah selepas tamat ijazah ini akan melanjutkan pelajar ke peringkat Master di tempat lain.

Alhamdulillah telah diberikan oleh ALLAH SWT keupayaan untuk terjun dalam bidang kepimpinan dan dakwah. Pernah menyandang jawatan Ketua Murid Agung (ketua pengawas) di SMSTJ dan juga Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK).

Memiliki hasrat untuk melompat ke peringkat yang lebih tinggi dengan membawa imej Islam di mata masyarakat dunia pada masa kini dan seterusnya mengembalikan tamadun keilmuan Islam yang telah luput di telan zaman.Insya Allah.

anas

Nama diterima ANAS BIN ABDULLAH. Dilahirkan di Hospital Besar Seremban (atau sekarang lebih dikenali sebagai Hospital Tuanku Jaafar) pada 28 Julai 1990. Merupakan anak ke-4 dalam keluarga daripada 7 beradik.

Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaaan Datuk Abdullah, kemudian berjaya melanjutkan pelajaran ke Malay College Kuala Kangsar, Perak. Tamat pengajian selama 5 tahun di MCKK, sambung belajar di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya selama setahun. Kini, alhamdulillah sedang mengikuti kursus MBBS(Medical Bachelor & Bachelor of Surgery) di Universiti Malaya.

Memasang cita-cita untuk menjadi seorang doktor yang mempunyai kepakaran bukan sahaja dalam bidang perubatan, malah dalam bidang keagamaan. InsyaAllah selepas tamat ijazah & 2 tahun houseman, mempunyai keazaman untuk menjadi “Anesthesiology Specialist”.

Advertisements

 
%d bloggers like this: