…Muhasabah Diri…

“Ya Allah, byknye pokok tumbang pagi ni, abeh sume..”terdetik di hati dlm perjalanan ke lecture hall pagi tdi..Bnyk persoalan mula timbul dan insyaAllah ingin dikongsikan bersama teman-teman.

Semalam sempat ana terbace dalam fb, Allah berfirman dalam surah al Ankabut:40 ”

Maka masing-masing Kami binasakan Dengan sebab dosanya, Iaitu di antaranya ada Yang Kami hantarkan ANGIN RIBUT menghujaninya Dengan batu; dan ada Yang dibinasakan Dengan letusan suara Yang menggempakan bumi; dan ada Yang Kami timbuskan Dia di bumi; dan ada pula Yang Kami tenggelamkan di laut. dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah Yang menganiaya diri sendiri.

Untuk pengetahuan semua, smlm merupakan penamaan calon bagi Pilihan Raya Kampus UM untuk sesi yg baru, namun terdapat sedikit ketidak adilan sewaktu ianya berlangsung, yang nampak amat memihak hanya kepada satu pihak sahaja.. dan ketika itulah, berlaku beberapa siri bantahan oleh pihak Pro Mahasiswa dalam menegakkan keadilan dalam PRK ini..Walaubagaimana pun, ianya tidak selesai sampai ke lewat petang..(untuk maklumat lanjut boleh ke http://www.malaysiakini.tv/video/21052/pro-mahasiswa-.html)

Bukanlah hanya isu PRK yang ana ingin bangkitkan, malah isu-isu lain yang tidak mengamalkan keadilan bagi sume pihak..sewaktu angin kencang melanda sekitar KL semalam, ana sempat berada di gazebo (depan Kompleks Perdana Siswa) bersama-sama dengan aktivis-aktivis ProM, ana lihat sendiri bagaimana angin yang kencang itu meniup dan ana sendiri hampir-hampir jatuh ke bawah, disbbkan oleh angin itu..Hanya dengan angin yang diutuskan oleh Allah, boleh menimbulkan rasa ketakutan dalam diri ini.. lihatlah pokok dan segala bende yang tumbang atau rosak, adakah Allah hanya trunkan ribut itu untuk menumbangkan pokok2 itu?? Fikirlah teman-teman sekalian, pokok yang taat dan patuh kepada Allah, sering kali bertasbih kepada Allah, namun tertumbang disebabkan oleh kerja-kerja manusia di bumi ini yang tidak mengikut undang-undang Allah.. igatlah kita akan selalu diawasi oleh Allah, pastikanlah segala kerja atau perbuatan yang kita lakukan berlandaskan AlQuran dan Assunnah, semoga dengan keduanya, kita akan selamat dunia dan akhirat, sekadar perkongsian..sekian

Advertisements

~ by anas on February 18, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: